Merahnya boleh buat semua orang jatuh cinta..hihihihi...sempena birthday my liltle sisto 7hb June lepas,saya ada buat Red Velvet Cake untuk dia..dua-dua orang adik saya(si bibi n si syahir) mmg suke sangat RVC neyh..mayb warna dia yg unik tu kowt..hihihihi..
Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak saya buat RVC neyh..hihihihi...walaupon tak sedap and tak mewah macam orang lain buat, at least saya cuba...bak pepatah orang putih kata 'PRACTICE MAKE PERFECT'...huhuhuhu..aku memang suke merepek !! Tapi sangat puas hati sebab boleh buat sendiri and dapat buat dr hasil air tangan sendiri..sesapa yg pernah rasa,mmg tahu larh apa rasanya.. Okeh jom nengok resepi pulakkss...muehehehe..
SI BALDU MERAH
Bahan A : Kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
2 oz pewarna merah-dlm 2 sudu besar jgk (6ml)1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur-suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
1 sudu kecil cuka putih@lemon juice
1 sudu kecil baking soda(baking powder+soda bikarbonat)
Cara buatnya :
1. Sapu butter pd loyang bulat n lapik dgn baking paper kat dasar dia (kite gune loyang 8 inci)
2. Panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius ( depends on uolls punye oven okes,oven iolls gune 150-160 darjah celcius je)
3. Ayak tepung kek dan serbuk penaik
4. Ambil mangkuk kecil then satukan serbuk koko & perwarna merah td, gaul spya jadi paste okeh (
5. Dalam bekas besar
6. Then masukkan telur satu persatu and pukul lg sampai kembang and berkilat dalam 5 minit cmtu..korang agak2 larh yekk...
7. Masukkan esen vanilla and paste koko merah td, gaul sebati..
8. Perlahankan mixer and masokkan 1/3 tepung.
9. Masukkan buttermilk td.
10. Ulang langkah 8 dan 9 sampai habis..
11. Campurkan cuka dgn baking soda n biarkan sampai berbuih then terus masukkan dalam adunan tepung td..
12. Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dgn butter td
13. Bakar kek selama 30minit atau sehingga masak..
14. Setelah masak biarkan sejuk and keluarkan dr loyang and tersiap sedia untuk dipakaikan baju..hahaha..
Jom tengok forstingnye pulaksss. Untuk cream cheese frosting neyh, saya buat perisa cuppocino sebab mak tercinta tak boleh masok sangat cis2 neyh..hahaha...so law letak cuppocino paste neyh, takde larh bau cheese sangat..tp depends on citarasa korang larh yek..
Bahan B: Cream Cheese Frosting
1. 500g cream cheese
2. 250g butter
3. 1/2 cawan gula aising
4. 2-3 sudu besar whipping cream
5. Esen vanila/lemon juice/cuppocino paste
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese dgn butter sampai creamy
2. Masukkan gula aising n mix lagi sampai kembang
3. Masukkan whipping cream and pukul lg sampai agak2 puas hati dgn citarasa korang
4. Masokkan esen vanila/lemon jiuce/cuppocino paste ke dalam krim cis n kacau sampai sebati
5. Ready untuk dipakaikan baju kat si baldu merah td.
Cara nak pakaikan baju kat kek:
1. Potong kek kepada 2@3 layer
2. Letak kek atas cake board
3. Letak cream cheese td. Lagi banyak lagi sedap uollsss...hihihihi...
4. Then ulang langkah 2 & 3 smpai habis..
5. Lastly deco larh ikut suke hati uolsss...janji buat dgn ikhlas, yg tak cantik pown nampak meletopsss
Tadaaaaaaaaaaa...walaupun hudosssss tp puas hati...selamat mencuba yaaa..jumpe lagiiii.. :)


No comments:
Post a Comment