Monday, June 9, 2014

Red Velvet Cake

Hai Si Baldu Merah !!

Merahnya boleh buat semua orang jatuh cinta..hihihihi...sempena birthday my liltle sisto 7hb June lepas,saya ada buat Red Velvet Cake untuk dia..dua-dua orang adik saya(si bibi n si syahir) mmg suke sangat RVC neyh..mayb warna dia yg unik tu kowt..hihihihi..




Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak saya buat RVC neyh..hihihihi...walaupon tak sedap and tak mewah macam orang lain buat, at least saya cuba...bak pepatah orang putih kata 'PRACTICE MAKE PERFECT'...huhuhuhu..aku memang suke merepek !! Tapi sangat puas hati sebab boleh buat sendiri and dapat buat dr hasil air tangan sendiri..sesapa yg pernah rasa,mmg tahu larh apa rasanya.. Okeh jom nengok resepi pulakkss...muehehehe..

SI BALDU MERAH 

Bahan A : Kek
2 1/2 cawan tepung kek 
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
2 oz pewarna merah-dlm 2 sudu besar jgk (6ml)
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur-suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
1 sudu kecil cuka putih@lemon juice
1 sudu kecil baking soda(baking powder+soda bikarbonat)

Cara buatnya :
1. Sapu butter pd loyang bulat n lapik dgn baking paper kat dasar dia (kite gune loyang 8 inci)
2. Panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius ( depends on uolls punye oven okes,oven iolls gune 150-160 darjah celcius je)
3. Ayak tepung kek dan serbuk penaik 
4. Ambil mangkuk kecil then satukan serbuk koko & perwarna merah td, gaul spya jadi paste okeh (bau die peliks lols tp sodap..mueheehehe..)
5. Dalam bekas besar besen mak korang buat tadah air pown takpe..hahaha.. , pukul butter dgn gula sampai kembang,dlm 8 minit cmtu..pakai mixer taw,jgn pkai tgan..kang terkehel tangan tu kang nak salahkan sape? salahkan kek? ohmaiiii,kesian si baldu merah tu.. gurau je taw neyh..hihihihi...
6. Then masukkan telur satu persatu and pukul lg sampai kembang and berkilat dalam 5 minit cmtu..korang agak2 larh yekk...
7. Masukkan esen vanilla and paste koko merah td, gaul sebati..
8. Perlahankan mixer and masokkan 1/3 tepung.
9. Masukkan buttermilk td.
10. Ulang langkah 8 dan 9 sampai habis..
11. Campurkan cuka dgn baking soda n biarkan sampai berbuih then terus masukkan dalam adunan tepung td..
12. Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dgn butter td
13. Bakar kek selama 30minit atau sehingga masak..
14. Setelah masak biarkan sejuk and keluarkan dr loyang and tersiap sedia untuk dipakaikan baju..hahaha..

Jom tengok forstingnye pulaksss. Untuk cream cheese frosting neyh, saya buat perisa cuppocino sebab mak tercinta tak boleh masok sangat cis2 neyh..hahaha...so law letak cuppocino paste neyh, takde larh bau cheese sangat..tp depends on citarasa korang larh yek..

Bahan B: Cream Cheese Frosting
1. 500g cream cheese
2. 250g butter
3. 1/2 cawan gula aising
4. 2-3 sudu besar whipping cream
5. Esen vanila/lemon juice/cuppocino paste

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese dgn butter sampai creamy 
2. Masukkan gula aising n mix lagi sampai kembang
3. Masukkan whipping cream and pukul lg sampai agak2 puas hati dgn citarasa korang
4. Masokkan esen vanila/lemon jiuce/cuppocino paste ke dalam krim cis n kacau sampai sebati
5. Ready untuk dipakaikan baju kat si baldu merah td.


Cara nak pakaikan baju kat kek:
1. Potong kek kepada 2@3 layer
2. Letak kek atas cake board
3. Letak cream cheese td. Lagi banyak lagi sedap uollsss...hihihihi...
4. Then ulang langkah 2 & 3 smpai habis..
5. Lastly deco larh ikut suke hati uolsss...janji buat dgn ikhlas, yg tak cantik pown nampak meletopsss gaya neelopa cakap meletopsss..hahaha...






Tadaaaaaaaaaaa...walaupun hudosssss tp puas hati...selamat mencuba yaaa..jumpe lagiiii.. :)






Friday, June 6, 2014

RED VELVET CAKE



Seriously ku tak suke sangat makan kek2 neyh. Just suke buat je. Suke bg orang makan and suke tengok orang makan hasil dari air tangan ku. Mesti semua orang macam ku jugak kan? Hihihihihihi... Ape yg menarik pasal kek red velvet neyh? Of kos larh warne die kan? Hihihihihi...sape yg tak tertarik dengan warne reddish brown die kan? Ku tengok pown terliur jugek.. *bagi yg tgh diet tu,mohon jgn tgk tengok,kang rosak diet korang kang,hihihihihi*

Apa beza red velvet cake dengan kek yg lain? Mesti dia punya warna,lain dar yg lain,cantik menarik kau memang da bomm larh RCV oiii...hihihihihihi...Walaupun kek neyh warne merah akan tetapi ia ada menggunakan cocoa powder, thats y larh warna dia 'reddish brown' gituuuu...muehehehehe..kek RV neyh sedap sebab ia menggunakan buttermilk(blh crik yg readymade @ homemade). Tindak balas antara buttermilk n komponen dalam coklat yang dapat menghasilkan warna 'reddish brown' tersebut...hikssssss..

Untuk frosting red velvet cake neyh pulak, majoriti orang menggunakan cream cheese frosting sebab cream cheese frosting neyh ada rasa masam manis gitu so memang perfect larh dengan rasa red velvet cake neyh.. Ada jugak orang yg tak suka cream cheese kan? Boley je korang gantikan dengan lemon buttercream frosting. Rase manis2 masam gitu, takde larh muak sangat,yedak? Hihihihihihi...

Hihihihihi..coming soon ku upload resepinya ye sayang2 semua..terima kasih jugak kpd yg sudi baca pasal belog ku yg serba kekurangan neyh..harap2 dapat memberi sedikit informasi untuk sayang2 semua yg nak tahu pasal RVC neyh..

See uolls later okeh.. ",)




Wednesday, April 16, 2014

Blueberry Cheese Tart



Bluebery cheese tart homemade !! Sy budak baru belajar..kalau ade salah mohon beri tunjuk ajar ye..sy suke baking if selalu ape yg sy bake tak menjadik..hahaha...but try practice make perfect..nak resepi? meh nk share resepi...sharing is caring kan? kikikikiki..sy tak ingt amek resepi kat mane...big thank you kpd tuan punya resepi !! Triple thumbs up..thank you thank you thank you !! :D

RESEPI CHEESE TART
 Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.